MUDAHNYA BILA ADA KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD)!
- Ivvy Valerie
- Sep 30, 2020
- 2 min read
Updated: Oct 13, 2020
"Alhamdulillah baru-baru ini telah dijadualkan untuk menjalani rawatan pembedahan di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Hospital ni memang mahal dan sangat ekslusif bagi saya seorang yang biasa-biasa. Layanan staff nurses dan staff hospital sangat 1st class dengan bilik single bed siap dengan menu order Western pun ada. MasyaAllah kalah hotel 5 bintang.
Total bil hospital semua adalah RM16,000.00. Jumlah sebanyak itu siapa yang nak bayar?? Alhamdulillah bukan saya yang bayar tapi syarikat takaful yang saya carum setiap bulan yang bayar. Bila kita ada pilihan, maka kita boleh buat pilihan, Tapi kalau dah tak ada pilihan macam mana?? Nak merayu minta derma bergadai harta. Minta jauh. Bila da sakit kalau boleh kita nak kan rawatan yang terbaik yang kita boleh afford. Ikutkan 16 ribu ni saya pun tak mampu. Kalau ada saving pun mungkin ada yang lebih penting untuk difikirkan mungkin boleh pilih hospital kerajaan yang waiting listnya panjang dan kurang keselesaan. Ada juga kawan saya yang perlukan rawatan berjumlah sebegini tapi dittangguhkan dek kerana tiada mengambil apa-apa skim perlindungan. Di sini lah kebaikkannya Takaful/Medical Card.
Semasa di hospital, oleh kerana proses yang sangat cepat memang tak sempat nak beritahu semua orang, tau-tau je everything dah selesai, hanya sempat beritahu kawan-kawan terdekat sebab rindu nak jumpa mereka jadi ini boleh jadi kesempatan untul berjumpa dan mendapatkn doa dari mereka. Hanya keluarga terdekat dan keluarga mertua sahaja yang tahu.
Masa di hospital adalah seorang pakcik berumur lingkungan 60-an berkata pada suami "Bila lah kita nak dapat rawatan di hospital mahal macam ni??" Saya tersenyum, "Ya pakcik, sebab itu lah saya promosikan pelan perubatan hospital dulu tapi ramai yang tolak dan buat tak tahu." Kawan-kawan yang datang melawat pun tiba-tiba dah start nak fikir nanti nak check dengan company dan check status kewangan untuk ambil pelan perubatan hospital. Alhamdullillah syukur, mereka sudah nampak apa yang saya promosikan selama ini. Niat saya sebenarnya nak mudahkan kalian dan bantu kawan-kawan.
Ya begitulah fungsi medical card. Sakit tak menunggu usia. Demam sikit je kita dah tak larat nak tunggu berjam-jam di hospital kerajaan, inikan pulak sakit post-surgery. Perlukan tandas yang selesa dan segala-galanya selesa. Secara psikologinya jika anda tak stress kemungkinan untuk cepat sembuh lebih tinggi. Ini benar mengikut pengalaman sendiri juga.
Proses untuk meggunakan Medical Card anda selalunya akan diterangkan oleh ejen atau wakil-wakil syarikat. Kalau yang saya punya senang sahaja, hospital request GL, lepastu dah boleh masuk. Make sure penyakit korang adalah bukan existing illness before korang sign up. Kalau medical less than one year mungkin akan ad sedikit investigation macam tu la. Depends pada jenis pelan korang.
Saya adalah pelanggan dan pengguna Medical Card dari Hong Leong MSIG Takaful. Yes, saya sangat berpuas hati dengan servis dari pihak syarikat sangat cepat proses walaupun pada mulanya ada beberapa queries.
Kepada kawan-kawan dan anda semua tolong sign up lah Medical Card, bukan sahaja anda saving malah memudahkan urusan anda ketika ditimpa musibah disamping dapat bantu orang lain. Kita tak nampak pentingnya sekarang tetapi bila keadaan tiba, yes, sangat memerlukan." - Credit to Nurul Hardy

Commentaires