APAKAH KELEBIHAN HIBAH TAKAFUL?
- Ivvy Valerie
- Oct 14, 2020
- 1 min read
Apa sebenarnya kelebihan hibah takaful?
1. Duit boleh diperolehi dalam masa 14 hari tanpa melalui proses perolehan kuasa harta pusaka yang mengambil masa 6 bulan atau bertahun tahun.
2. Duit takaful boleh digunakan sebagai duit "survival" kepada pewaris untuk teruskan hidup.
Sebagai contoh Abu meninggalkan aset bernilai RM 3 juta sebuah rumah, dan RM 1 juta duit di bank. Kesemua asset akan dibekukan dan mengambil masa untuk diuruskan. Semasa proses tersebut bagaimana isteri dan anak-anak mendapatkan sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan? Di sinilah pentingnya instrumen takaful dalam membantu keluarga yang baru kehilangan orang utama iaitu sumber pendapatan keluarga.
3. Agihan duit takaful tidak mengikut pengagihan faraid. Ia mengikut kehendak kita semasa kita hidup. Sebagai contoh nak bagi 100% kepada isteri or ibu or anak or anak angkat. Terpulang kepada kita.
Jadi, yang bekerja wajib ada hibah takaful supaya nasib pewaris yang ditinggalkan terbela dan tidak meminta-minta sumbangan untuk meneruskan kehidupan.

Comments