MANFAAT TAKAFUL HIBAH BERBANDING FARAID
- Ivvy Valerie
- Oct 13, 2020
- 2 min read

Apabila suami meninggal dunia rumah akan jadi milik siapa?
Kebiasaannya, apabila suami meninggal dunia, rumah yang di atas nama suami perlu dibahagikan mengikut faraid si suami.
Jika suami sudah (tiada ayah) dan (tiada anak lelaki), maka warisnya ialah isteri serta adik beradik si suami. (contohnya mempunyai anak perempuan sahaja atau tiada anak).
Jika rumah berharga RM300,000 (harga mesti selaras dengan harga pasaran), bagaimana pembahagian faraid ini dilaksanakan?
Jawapan :
1/4 milik isteri ( jika tiada anak )
1/8 ( jika ada anak )
Selebihnya adalah milik adik beradik si suami.
Jika kes dibawa ke Pejabat Pesaka Kecil, semua waris akan berbincang bagaimana hendak agihkan rumah harta si mati. Hal ini menyebabkan dua situasi ini akan berlaku.
PERTAMA
Jika mereka setuju untuk melepaskan hak kesemua 100% milik si isteri, Alhamdulillah proses akan menjadi mudah.
KEDUA
Jika waris lain pula menuntut hak, si isteri hendaklah berikannya dalam bentuk wang. Jika bahagian adik beradik nilai nya RM100,000 si isteri hendaklah membayar jumlah itu.
Kalau tiada duit apa yang perlu dilakukan? Situasi yang biasanya berlaku ialah rumah tersebut akan dijual dan duitnya akan diagih mengikut faraid.
Rumah yang dibina sekian lama dalam usaha bersama terpaksa dijual hanya kerana tiada wang! Kasihan isteri.
Jadi, bagaimana nak elak perkara ini daripada berlaku?
Ada 3 cara penyelesaiannya :-
1. Buat hibah bersyarat.
Hibahkan siap-siap semua bahagian rumah kepada anak atau isteri. Dengan ini rumah itu sudah terkeluar dari harta pusaka. Mungkin memerlukan sedikit kos pengurusan untuk melakukan urusan-urusan rasmi sebegini.
Rumah boleh dihibahkan walaupun belum habis bayar atau atas cagaran dengan syarat ada MRTA / MRTT. Kelebihan hibah ini ialah 'Ownership' rumah masih di atas pemberi. Oleh itu tiada risiko rumah dijual atau rumah disita jika anak penerima hibah bercadang untuk jual atau tiba-tiba jatuh bankrap.
2. Buat hibah mutlak
Tukarkan nama atas geran kepada nama anak atau isteri di pejabat tanah. Namun ini boleh dibuat sekiranya rumah sudah habis dibayar. Kelemahan hibah mutlak ialah ia tidak boleh berpatah balik dan pemberi telah hilang ownership rumah tersebut.
Jika si anak tiba-tiba ingin menjual beliau ada hak untuk menjualnya dan jika si anak jatuh bankrap, rumah itu akan disita. Cara hibah mutlak ini ialah dengan mengisi borang 14A di Pejabat Tanah.
3. Ambil takaful hibah
Ambillah takaful hibah yang jumlah pampasan meninggal sama dengan harga rumah. Apabila anda meninggal dunia duit pampasan itulah digunakan untuk membayar hak-hak waris yang lain contohnya seperti di atas iaitu RM100,000 untuk bahagian adik-beradik lain. Jadi gunakan wang tersebut untuk bayar kepada mereka dengan syarat kesemua mereka bersetuju.
Inilah kaedah yang paling efektif untuk mendapatkan nilai wang yang besar dalam masa yang singkat untuk menyelesaikan kes berkenaan. Kata orang baiklah ada daripada tiada langsung.
Daripada rumah terpaksa dijual dan anda mungkin perlu mencari rumah lain yang berharga jauh lebih tinggi.
Seorang isteri boleh bersedia dengan membeli SIJIL TAKAFUL atas nama suami dan dihibahkan ke atas dirinya (isteri) atas sebab-sebab di atas.
BERSEDIA SEBELUM BERLAKU!
Comments