top of page
Search

4 SEBAB UTAMA KENAPA SUAMI WAJIB ADA HIBAH TAKAFUL

Anda WAJIB tahu tentang hibah takaful! Lebih-lebih lagi jika anda adalah seorang suami dan seorang ayah, memang perlu wajib ada hibah takaful sebagai perlindungan pendapatan (income protection).


1. SUAMI PENYUMBANG UTAMA PENDAPATAN KELUARGA


Anda kena sedar yang anda adalah penyumbang utama pendapatan keluarga anda. Pampasan daripada takaful ini gunanya untuk "cover" perbelanjaan yang isteri dan anak-anak perlukan. Kena sediakan 10 tahun jumlah gaji sebelum anda meninggal. Boleh?

Katakan anda buat hibah takaful RM500,000. Tak panjang umur, anda meninggal dunia. Selepas beberapa hari, isteri dan anak-anak akan dapat pampasan RM500,000.

Jadi, tidak perlu meminta-minta simpati orang lain kerana anda sudah membuat persediaan daripada awal.


2. SUAMI PALING BANYAK HUTANG


Kereta hutang, rumah pun hutang. Jika berlaku apa-apa pada anda, bagaimana isteri anda hendak membayar hutang-hutang itu semua. Kalau boleh, kita tidak mahu sampai harta kita habis dijual. Belum campur lagi hutang kad kredit, hutang dengan orang dan lain-lain.


3. SUAMI ADALAH KETUA KELUARGA


Sudah namanya pun ketua. Haruslah bertanggungjawab untuk kebajikan ahli keluarga anda sendiri. Anda kalau pergi "outstation" seminggu, anda ada bagi duit belanja atau tidak pada isteri? Bagaimana pula kalau pergi "outstation" yang selama-lamanya, apa yang anda hendak bagi pada isteri buat belanja?


4. SEDIAKAN DANA PENDIDIKAN ANAK


Bila anda sudah tiada, bukan isteri sahaja susah, anak-anak juga turut sama susah. Paling kurang kalau anda ada hibah takaful sebagai perlindungan pendapatan, sebahagian daripada pampasan itu boleh terus jadi dana pendidikan untuk anak anda. Dengan pendidikan, boleh ubah nasib keluarga yang anda tinggalkan tu.


Jadi, berbaktilah kepada keluarga walau kita sudah tiada di dunia.



 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

+60174658595

©2020 by Hong Leong MSIG Takaful Advisor - Ivvy Valerie. Proudly created with Wix.com

bottom of page