top of page
Search

3 SEBAB KENAPA ANDA PERLU ADA KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD)


Menurut Pengerusi Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Muhammad Fikri Mohamad Rawi berkata sebanyak 85 peratus rakyat Malaysia pada tahun 2019 masih lagi tidak mempunyai perlindungan takaful atau insurans yang secukupnya ketika berlaku kecemasan.


Bagi menjamin kesejahteraan ketika berlaku sesuatu musibah, orang ramai sewajarnya memperuntukkan kira-kira 10 peratus daripada pendapatan boleh guna mereka setiap bulan untuk produk perlindungan seperti takaful. Ia adalah bagi mengurangkan beban kewangan sekiranya berdepan musibah seperti kemalangan, banjir, kebakaran, penyakit kritikal dan kematian.


Jika anda rakyat Malaysia yang masih tidak mempunyai pelan takaful, mungkin anda perlu luangkan sedikit masa mengetahui 3 sebab kenapa anda perlu ada kad perubatan (medical card).


1. Pilihan perubatan terbaik perlukan kos yang tinggi


Mungkin sesetengah orang mendapati bahawa topik ini sungguh klise (cliche). Kebanyakan kita yang mempunyai teman, saudara dan orang yang lebih rapat iaitu pasangan atau anak yang menghidapi penyakit kritikal, sesungguhnya menganggap topik ini memang tepat.


Dengan hanya bergantung kepada satu rujukan hospital sahaja, kita mungkin tidak mendapatkan perubatan yang segera dan sempurna. Anda pasti akui bahawa sesebuah hospital tidak mempunyai semua doktor pakar untuk setiap penyakit. Sesebuah hospital itu mempunyai kelebihan atau kehebatan doktor pakar masing-masing.


Jadi, dengan tabungan wang perubatan dari kad perubatan (medical card), anda lebih bebas mencari doktor pakar dan hospital yang tepat untuk mengubati dan merawati penyakit anda.


“Hospital kerajaan kan ada semua doktor pakar”.

Mungkin sesetengah orang akan berpendapat seperti ini. Tetapi, sedarkah anda bahawa hospital kerajaan dilawati oleh semua lapisan masyarakat. Apa maksudnya?



Pernah tengok atau dengar keadaan hospital kerajaan sesak sehingga tidak mempunyai katil yang cukup untuk menempatkan pesakit yang terlalu ramai?


Satu dewan wad itu kapasitinya sehingga 30-40 katil dan ada yang berkipas sahaja. Hanya bilik khas sahaja yang ada 4 orang pesakit satu bilik. Keluarga yang hendak menjaga kita pun berasa tidak selesa dengan keadaan tersebut. Apa lagi kita yang tengah tenat sakit.


Kalau di hospital swasta, kita boleh dapat bilik bertiga atau berdua bahkan bilik sendiri. Aurat pun terjaga. Kalau kita mampu, kenapa tidak mahu ambil keselesaan? Bayangkan dengan sakitnya yang membuatkan kita berasa tidak selesa, ditambah lagi dengan keadaan wad yang ramai orang dan agak panas. Kita pun akan berasa rimas dan tidak selesa. Jadi, hospital swasta lebih selesa untuk kita dan keluarga.


2. Tabungan perubatan yang tak putus-putus


Jika anda menjaga kad perubatan (medical card) anda, dia akan menjaga anda tanpa soalan! Nah, lagi satu topik yang macam klise (cliché) tetapi ia sangat relevan.

Jika anda bergaji RM5000 dan anda menyimpan 20% gaji bulanan anda, berapa tahun anda perlu untuk kumpul sebanyak RM100,000?

[100000 / 1000 = 100 bulan = 8.3 tahun!]

Wow! 8 tahun untuk mengumpul RM100,000! Itu kalau anda bertuah untuk menyimpan RM1000 sebulan.




Dengan menyimpan tidak lebih RM3 sehari untuk kad perubatan (medical card), anda boleh mendapatkan tabungan perubatan peribadi sejuta ringgit (RM1,000,000)! Kenapa masih bayar bil hospital, biar kad perubatan (medical card) anda bayarkan.


3. Kad perubatan (medical card) majikan anda tidak mencukupi


“Company aku ada cover medical card”

Tetapi pernahkah anda bertanya pada diri anda sehingga bilakah syarikat tempat anda bekerja akan membiayai kad perubatan (medical card) anda? Ya betul. Sehingga anda bersara dan tidak lagi bekerja dengan syarikat tersebut. Selepas itu siapa yang akan tanggung jika berlaku apa-apa musibah? Jiran sebelah rumah?


Dan seperkara lagi yang kita lupa, penyakit kritikal juga ada kos-kos sampingan yang tinggi. Kebanyakan majikan memberikan perlindungan insuran kesihatan dalam linkungan RM10 ke RM30 ribu sahaja, yang anda tahu ia jauh lebih rendah dari kos perubatan penyakit kritikal di atas. Kos perubatan selebihnya anda yang kena tanggung.


Bayangkan kos perubatan anda RM50,000 dan majikan hanya bayarkan RM10,000, di mana anda nak cari RM40,000 dalam masa sehari? Dengan inflasi kos perubatan di Malaysia yang dijangka akan meningkat 12% setahun, kos ini boleh sampai ke jutaan ringgit dalam masa 10 tahun.


Jadi, jika anda belum mempunyai sebarang perlindungan takaful, silalah hubungi penasihat takaful terdekat anda. Bertindak sekarang sebelum terlambat kelak.

 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

+60174658595

©2020 by Hong Leong MSIG Takaful Advisor - Ivvy Valerie. Proudly created with Wix.com

bottom of page