top of page
Search

KENAPA PERANCANGAN KEWANGAN PERSARAAN SANGAT PENTING?



Menurut KWSP, 70% warga Malaysia yang keluarkan simpanan pada umur 55 tahun membelanjakan kesemuanya dalam tempoh kurang dari 10 tahun. Selain itu, jangka hayat kita juga semakin meningkat kepada lebih kurang 75 tahun. Oleh itu sangat penting untuk tampung tahun-tahun persaraan.

Di sini ada empat perkara yang patut dan tidak patut dilakukan untuk pastikan simpanan persaraan bertahan lama.


1. Jangan ambil ringan keperluan persaraan


Berapa anda perlukan dalam sebulan selepas bersara? Adakah anda mahu kurang berbelanja, berpindah, atau kekalkan gaya hidup? Persoalan sebegini perlu anda jawab secara realistik bila merancang bajet persaraan.

Jangan lupa untuk kira sekali inflasi dan belanja tambahan seperti pergi melancong. Dan ambil kira juga susut nilai aset. Salah satu sebab simpanan habis dengan cepat adalah memandang ringan perbelanjaan persaraan. Jadi lebih elok untuk ambil berat dan dan lakukan kiraan belanja dari sekarang.




2. Pelbagaikan pelaburan


KWSP cadangkan jumlah minimum RM228,000 bila umur mencecah 55 tahun, di mana anda boleh belanjakan RM950 sebulan dalam tempoh 20 tahun lebih. Tambahkan lagi dengan simpanan persaraan tambahan yang anda boleh guna seperti aset pelaburan lain-lain.

Pelan persaraan anda perlu selaras dengan perkembangan umur. Pada umur 20an dan 30an, anda boleh ambil risiko terhitung lebih tinggi untuk dapat pulangan tinggi (contoh: dagangan pasaran saham), dan pelaburan jangka masa panjang (contoh: pembelian hartanah).

Bila anda mencecah umur persaraan, portfolio anda perlu nampak lebih konservatif. Pilih pelaburan risiko tinggi dengan pulangan terjamin rendah risiko, seperti polisi insurans yang menjanjikan pendapatan tahunan.


3. Mula menyimpan dari muda


“Pastikan duit bekerja untuk kita” dan gunakan kelebihan faedah kompaun dari awal. Contohnya, individu berumur 25 tahun yang menyimpan RM5,000 setahun selama satu dekad akan dapat kumpul lebih banyak kekayaan dalam tahun persaraan berbanding individu berumur 35 tahun yang mula menyimpan jumlah yang sama sehingga bersara.

Mula menyimpan sejak umur muda memberikan banyak kelebihan. Lebih-lebih lagi jika anda membukan akaun deposit tetap yang boleh memberikan kadar faedah lebih tinggi berbanding akaun biasa.



4. Jangan abaikan kesihatan anda


Semakin meningkat umur, keperluan kesihatan dan perubatan kita berubah. Ada yang perlukan bantuan pendengaran atau penglihatan, perkhidmatan pergigian yang meningkat, dan pemeriksaan perubatan yang lebih kerap. Kita mahu elak daripada dikenakan caj bil hospital tak dijangka yang sekaligus mengganggu pelan simpanan persaraan.


Sediakan payung sebelum hujan dengan melabur dalam insurans kesihatan yang meliputi yuran perubatan tidak terhad kepada kemalangan sahaja. Tingkatkan lagi perlindungan dengan mengambil polisi insurans jenis semua dalam satu, di mana anda dapat liputan insurans, simpanan separa, pulangan pelaburan berpotensi, dan pendapatan tahunan terjamin.


Persaraan adalah masa ideal untuk anda kejar segala impian. Dengan perancangan yang bagus, anda tidak perlu risau kehabisan simpanan, dan fokus untuk jalani hidup yang terbaik.

 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

+60174658595

©2020 by Hong Leong MSIG Takaful Advisor - Ivvy Valerie. Proudly created with Wix.com

bottom of page