top of page
Search

KENAPA BAYI PERLU ADA KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD) SEAWAL KELAHIRAN?

Kebanyakkan ibu bapa tidak menyedari bahawa bayi mudah dijangkiti oleh pelbagai penyakit antaranya Bronchitis, Bronchiolitis dan demam panas. Asma juga merupakan penyakit yang sangat berisiko mampu menyerang bayi. Hanya bermula dengan bayi terkena selsema pada permulaannya kemudian keadaan melarat menjadi serius sehingga membawa asma.


Bayi turut mudah dijangkiti demam panas dan jika dibiarkan tanpa rawatan kemungkinan boleh terkena sawan apabila suhu badan mendadak naik tanpa disedari oleh penjaga dan ibu bapa.


Sekiranya perkara di atas TELAH atau PERNAH terjadi kepada bayi, kemudian baru nak mohon takaful Medical Card, maka permohonan kemungkinan diterima TETAPI DENGAN PENGECUALIAN rawatan untuk penyakit yang pernah dihidap. Rugi kan?


Ingat, pelbagai penyakit lain juga berpotensi menyerang bayi ketika kecil kerana sistem imunisasi bayi masih di tahap yang belum cukup kuat dan sangat lemah. Seperti contoh kes HFMD, chicken pox dan macam-macam lagi penyakit atau wabak yang mudah menyerang bayi. Apatah lagi sekarang ini kita tengah berada di pandemik wabak Coronavirus ini.


Maka, jadilah ibu bapa yang bertanggungjawap dan bijak. Dan sayangilah keluarga kita. Sediakanlah takaful Medical Card untuk bayi anda sebelum terlambat.


 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

+60174658595

©2020 by Hong Leong MSIG Takaful Advisor - Ivvy Valerie. Proudly created with Wix.com

bottom of page